"Mama dah lama keje cni?" tiba2 kakak husna menegur mama.
Masa tu mama tgh pilih udang kat econsave.
Tersenyum lebar mama mendgrnya...
Mama :"pandai ank mama ni. mana belajar?"
Kakak Husna: "hari tu mama ckp kt abah".
hmm...mama lupa.. dan flashback semula..
Mama:"bila?".
Kakak Husna:" masa kt stesen myk..masa abah lap cermin kereta"
laju kakak husna bersuara..
hahaha...tergelak mama. tu cerita tahun lepas..kuatnya ingatan kakak.
Mama : ingat ye kakak
kakak Husna : Tau xpa
Hmm..mama yg kena baalik..mama senyum lagi.
Betulla anak2 kecil ni kuat ingatan mereka...masih bersih..suci seperti anak2 mama.
Monday, March 28, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Susu oh susu (part 2)
Sambung tentang susu lagi...susu apa?
susu ibu la susu apa lagiii..mama kan penyokong kuat breastfeeding.
hmm..kali ni sempatla nak masukkan gambar stok EBM mama yg dah makin susut...dan pam kesayangan mama.
susu ibu la susu apa lagiii..mama kan penyokong kuat breastfeeding.
hmm..kali ni sempatla nak masukkan gambar stok EBM mama yg dah makin susut...dan pam kesayangan mama.
Categories
breastfeeding
Tuesday, March 22, 2011
Main..jgn tak main..
Mama sangat suka..aqilah dh pandai main toys..tengok la aksi2 dia nih..semua nak masuk mulut.
satu lagi suka tgk TV. masa tu boleh la mama lari buat keje sekejap.
Sekejap jee...kalo abahnye xde mama xboleh tggl aqilah lama2 sebabnya aqilah ni jd rebutan kakak2 nya.
berebut nak pangku adik. aduh..fening mama. siap xkasi mama pegang tuh.
kakak2 aqilah ni mmg penyayang..asyik nak cium adik je..rimas mama yg menegoknyee..si adik lak mengekek gelak kalo diagah oleh kakak2nya.
tp keje2 mama dah ringan..byk kakak2 yg bantu. ambilkan pampers, lotion baby dsb..mama mintak jee..
syukurlah..jadilah kakak2 yg bertanggungjawab ye.
smoga anak2 mama ni terdiri drpd anak2 yg solehah. tu yg mama selalu doa dlm solat pun.
Categories
kakak
Susu oh susu
Alhamdulillah……perahan semalam mama dapat 12 oz. rezeki untk anak comel mama, aqilah. Sekarang ni mama tgh replace stok. Mama nak abiskan stok yg januari dan replace dgn yg bln mac. Supaya anak mama cukup minum susu ibu. Apa yg merisaukan mama kalau kena keluar outstation je. Ade satu mlm mama terpaksa tingalkan anak kecil dan comel mama ni, kasihan anak mama tercari2 waktu mlm especiallynya. Utk masa terdekat ni mama mohon xdelah kena keluar outstation.
Semalam pun mama sanggup pusing kolej balik semula semata2 nak amik susu perahan yg tertinggal. Camne la boleh tertinggal…hmm asal petang je mama nak cpt balik..terbayang2 wajah aqilah yg comel tu menunggu mama. Semuanya demi anak kecil mama ni.
Syukur..4 bulan sudah mama berusaha memberi anak kecil mama yg terbaik. Lagi 2 bln utk exclusive bf(6bulan). Kalau diizinkan Allah mama nak menyusu sampai aqilah 2 thn. Kalo dpt sampai 6 bulan ni pun mama cukup bersyukur.
Kenapa tak dari dulu mama ada kesedaran ni. Tahun 2005, anak pertama mama, husna dilahirkan..masa tu mama x berusaha utk exclusive bf sampai 6 bln tu. Xde kesedaran..begitu juga dgn anak ke2 mama, nazirin. Dua2nya 2 bulan je exclusive bf. Sebelum aqilah lahir lagi mama dah berazam utk fully bf.
Insya-Allah, semoga Allah bg mama semangat dan kekuatan utk terus bf sampai aqilah perlukannya.Harapnya hasil hari ini cukup memberangsangkan….
Categories
breastfeeding
Sunday, March 20, 2011
Coretan di petang Ahad
Assalamualaikum…
Petang Ahad….biasa hari minggu begini saya sefamili akan keluar berjalan2. Kalo x ke jusco ke tesco/Giant..sementara menunggu suami tersayang, si baby dah layan tidoo.kakak2nya layan tgk ceria. 24 jam dgn ceria. Tp ok gak…xde le bising sangat..kalo x asyik nak bergaduh je..Sempatla utk mama mencoretkan sesuatu pada blog ni.sunyi begini..terkenang pulak kg halaman..ummi dan abuya xdpt nak dtg teman saya di sini coz adik dah nak bersalin..xlarat dah nak berjalan jauhh…bln dpn cuti semester..boleh la saya balik kg sekejap tgk org tua. Insya-Allah..
Friday, March 18, 2011
Kata-kata semangat
Bismillahirrahmanirrahim....
tiba2 ptg ni teringat nak cari kata-kata hikmah/semangat utk jadikan koleksi. Biasa awal sesi P&P(Pengajaran dan Pembelajaran) saya akan selitkan sedikit kata2 hikmah/semangat sbg set induksi kpd pelajar saya. rasanya yg ada dlm simpanan dah abis..so kena la cari lagii..coz student akn tnye dan tertunggu2 nanti..coz dh biasa bagi kan..kt cni ada beberapa kata2 hikmah/semangt yg akan sy kongsi.
"Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat
dibaling dengan batu
dibalas dgn buah"
"Jadilah seorang yang kakinya menapak ditanah
dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang."
sehingga bertemu lagi dgn kata2 hikmah dan smenagat yg lain..:)
Categories
kata2 semangat
Kira waktu subur
Husna dan nazirin beza umurnya setahun jee.. birthday pun mmg sebelah sebelah je. husna 21.10.2005 dan nazirin 20.10.2006. kali ni mama xnak mkn pil perancang lagiii...coz sblm lahirkan aqilah dh byk mkn pil. nak buat tradisional lak....tu yg duk ingatkan balik pengiraan waktu subur...takut terbabas lagiii. Hasilnya dpt la info ini utk dikongsi bersama:
KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
FAHAMI KITARAN HAID
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
WAKTU SUBUR?
waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
banyak lagi..kalo nak detail try tgk kat sini drazwan.blogspot.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)






