Monday, May 23, 2011

Info untuk Makanan pertama Aqilah

Posted by wiznie at 5/23/2011 01:53:00 PM 0 comments
Aqilah di usia 6 bulan
Walaupun anak yang ketiga..mama still dapatkan knowledge dan info
Almaklumlah..hampir 5 tahun baru dapat baby sorang lagi.
banyak dah lupa. Sebelum ni info yg dapat secara tak langsung dari parents dan pemerhatian..so kalo tak catat banyak yg lupa.
macam la nak masak satu2 resepi...tiap kali nak masak mula la tipon ummi..lupa resepi..maklumlah..jarang masak dan tak dicatatkan. so bagus jugak ada blog nih..kalo mama dapat baby lagi(bila la tu yee) rujuk je kat sini.
Dalam duk pikir pe nak masak untuk solid food pertama Aqilah..mama dapat info nih utk dikongsi...panjang la jugak..


It's So Yummy Mummy!
Panduan menyediakan makanan kepada bayi.
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan no preservative atau no sugar added.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.

Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)

 Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 - 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.



sumber : www.susuibu.com

Exclusively breastfeeding

Posted by wiznie at 5/23/2011 01:31:00 PM 1 comments
Alhamdulillah....
niat dan hajat mama termakbul jua...
mama dapat tunaikannya
mama dapat laksanakannya.
Mama akan lakukan yg sama kpd anak2 mama seterusnya.
Thanks to rakan seperjuangan mama..syikin dan siti, 
sanggup berkongsi tips disamping berkongsi kisah2 menyusu ni..
time merudumnye susu dan zaman2 kegemilangan.
mama juga banyak gugle kt internet semasa pregnant 
dan sehinggalah sekarang.
Mama sungguh puas hati..exclusive breastfeed selama 6 bln.
Esok Aqilah akan diperkenalkan dgn solid food...

Tuesday, May 10, 2011

Carta Pemakanan

Posted by wiznie at 5/10/2011 12:03:00 PM 1 comments
Kali ni mama nak cuba jadi mama yg rajin....yg amik berat pasal pemakanan anak2 dan mevariasikannya. Anak mama, Aqilah pun tak lama lagi akan diperkenalkan dgn solid food. So, bila2 masa dan waktu mama leh rujuk kat cni. Bagi yang kurang arif tentang makanan yang boleh diberikan kpd anak, boleh rujuk kt sini juga...

Umur : 5-6 bulan
Tekstur makanan : Puree halus
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

Umur : 6-8 bulan
Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu /FM 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan
Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula(sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Info : Anak yg comel & gemuk bukan semestinya hasil drp pemakanannya yg berkhasiat. Anak yg kecil & kurus tidak bermakna mereka kurang zat. Semua itu bergantung kpd bagaimana ibu bapa membentuk corak pemakanan mereka.


Friday, May 6, 2011

Solid Food

Posted by wiznie at 5/06/2011 12:08:00 PM 1 comments

Lama tak menulis....
Dalam kesibukan menyelesaikan markah Pentaksiran Berterusan (PB), yg tak abis2 lagi menanda nih..
ye laa..final exam dah tak lama lagi akan menjelma...begitulah rutin setiap semester.
sempat lagi mama mengugle berkenaan solid food. 
Pengasuh bagitau mama aqilah nak makan dah agaknya...macam tak kenyang je, just kenyang minum susu. Mama lak dah set target exclucive breastfeeding sampai la aqilah 6 bulan. lagi 18 hari je ke usia 6 bulan tu. So, mama terjumpa artikel nih..
bolehlah baca bg yg berminat tu. (Klik ayat dibawah)
 

WoNdErFUL PrEmiUm BeAutiFul Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop