Tuesday, May 10, 2011

Carta Pemakanan

Posted by wiznie at 5/10/2011 12:03:00 PM 1 comments
Kali ni mama nak cuba jadi mama yg rajin....yg amik berat pasal pemakanan anak2 dan mevariasikannya. Anak mama, Aqilah pun tak lama lagi akan diperkenalkan dgn solid food. So, bila2 masa dan waktu mama leh rujuk kat cni. Bagi yang kurang arif tentang makanan yang boleh diberikan kpd anak, boleh rujuk kt sini juga...

Umur : 5-6 bulan
Tekstur makanan : Puree halus
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

Umur : 6-8 bulan
Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu /FM 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan
Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula(sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Info : Anak yg comel & gemuk bukan semestinya hasil drp pemakanannya yg berkhasiat. Anak yg kecil & kurus tidak bermakna mereka kurang zat. Semua itu bergantung kpd bagaimana ibu bapa membentuk corak pemakanan mereka.


 

WoNdErFUL PrEmiUm BeAutiFul Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop