Friday, March 18, 2011

Kata-kata semangat

Posted by wiznie at 3/18/2011 04:42:00 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....

tiba2 ptg ni teringat nak cari kata-kata hikmah/semangat utk jadikan koleksi. Biasa awal sesi P&P(Pengajaran dan Pembelajaran) saya akan selitkan sedikit kata2 hikmah/semangat sbg set induksi kpd pelajar saya. rasanya yg ada dlm simpanan dah abis..so kena la cari lagii..coz student akn tnye dan tertunggu2 nanti..coz dh biasa bagi kan..kt cni ada beberapa kata2 hikmah/semangt yg akan sy kongsi.

"Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat 
dibaling dengan batu 
dibalas dgn buah"

"Jadilah seorang yang kakinya menapak ditanah 
dan semangatnya tinggi menjulang ke bintang."

sehingga bertemu lagi dgn kata2 hikmah dan smenagat yg lain..:)

Kira waktu subur

Posted by wiznie at 3/18/2011 09:53:00 AM 0 comments
Husna dan nazirin beza umurnya setahun jee.. birthday pun mmg sebelah sebelah je. husna 21.10.2005 dan nazirin 20.10.2006. kali ni mama xnak mkn pil perancang lagiii...coz sblm lahirkan aqilah dh byk mkn pil. nak buat tradisional lak....tu yg duk ingatkan balik pengiraan waktu subur...takut terbabas lagiii. Hasilnya dpt la info ini utk dikongsi bersama:


KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. 

FAHAMI KITARAN HAID
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. 
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

WAKTU SUBUR?
waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

banyak lagi..kalo nak detail try tgk kat sini drazwan.blogspot.com.

Cara menambah susu ibu

Posted by wiznie at 3/18/2011 09:32:00 AM 0 comments
sejak 2 menjak ni saya terus mencari info berkaitan perkara di atas. almaklumlah...niat dihati utk exclusive breastfeed sampai le baby 6 bln. Insya-Allah. Yang selalu saya amal minum horlicks panas, oat, air barli suam dan fenugreek pil(kawan bagi).

Sedikit info cara menambah susu ibu utk dikongsi :-

1.Amalkan makan jantung pisang celur
Jantung pisang yang di celur enak di makan dengan sambal belacan.Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

2.Petua menggunakan lobak putih
Kikis lobak putih dan di parut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di bair sehingga suam.Minum 2 kali sehari. 

3.Amalan menggunakan daun betik.
Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cecah dengan sambal belacan pasti pecah selera makan. Bukan itu saja ia berupaya menambah susu ibu.

4. Tambah susu ibu dengan amalan minum air longan kering
Longan yang kering , yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan.Rebus longan kering dalam anggaran sau cawan kecil dengan beberapa cawan air ( 3 -4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut sebagia amalan.

5.Gunakan daun sirih
Selain dari mengurangkan bengkak dan melancarkan pengeluaran daun sirih berupaya menambah susu ibu yang sedkit dan kurang lancar. Caranya ambil daun sirih dan di sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan di tekap pada seleliling buah dada.

banyak lagi petua yg saya dapat hasil menggodek internet, tapi yang paling penting saya rasa kena minum air byk2, kena makan, kena rajin pam dan juga emosi yg baik adalah faktor utk menambah susu ibu.
 

WoNdErFUL PrEmiUm BeAutiFul Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by New Baby Shop